Sunday, May 10, 2009

hebatnya cinta pertama



Hebatnya cinta pertama, kerna cinta pertama itu tidak mudah untuk diluputkan begitu saja. Tanya pada sesiapa saja dan pasti jawapannya tetap sama... cinta pertama cinta yang tak mungkin dilupakan atau disingkirkan dari ingatan.
Cinta pertamaku sehebat cinta Laila dan Majnun. Kau ragui cinta pertamaku. Adakah benar cintaku terhadapmu adalah cinta pertamaku...? Itu soalannya? Ia, ikhlas dari hati ku, cinta pertama ku adalah bersamamu dulu dan itulah satu-satunya cintaku kerana selepas kau meragut cinta itu, sudah tidak ada lagi cinta dihatiku... Itulah cerita cintaku... cinta yang tidak diakhiri dengan kegembiraan malah airmata dan penyesalan yang meruntun jiwa mungkin seumur hidupku....
Realiti kehidupan yang kita lalui tidak seperti siri novella yang ditonton dikaca tv. Qada dan qadar kehidupan kita telah termaktub sejak azali lagi. Semuanya urusan Allah yang tidak kita ketahui. Sesungguhnya Allah maha pengasih dan maha penyayang. Percayalah sesuatu yang ditentukan untuk kita ada kebaikannya yang tersembunyi.

No comments: