Friday, May 22, 2009

coretan ke3 darimu....



Entah mengapa hari2 terkemudian ini hati rasa tak tenang dan fikiran turut menghimpit diri ini. Seketika dapat I rasakan ruang kosong itu mula dipenuhi dengan sesuatu yang tidak pasti… warna-warni tetapi tak bercahaya. Ingatan lebih tertumpu pada igauan2 yang pedih lagi memilukan…. Harus tak dapat dilupakan walau camana pun. Lagi lama diteroka ingatan itu, makin jauh kelabunye… makin rosak menunggu belah. Apa yang dicari pasti mengundang lebih pilu dan lebih kehancuran masa akan datang.

Kebahagiaan itu pasti dapat dilalui kepada mereka2 yang puas atas apa yang dikurnia olehNye… namun tiada dapat menyembunyikan rasa kesalan dari kegagalan yang juga diturunkan olehNye… bermakna, yang hilang, pasti akan berganti… yang pergi, tak perlu ditangisi..lagi. Yang telah dikurniakan olehNye kecemerlangan hidup itu wajib sudah disyukuri tanpa perlu cuba dilukai… oleh sesiapa termasuklah…. I . Takkan diketemukan lagi detik indah menikmati pertemuan lalu. Menitis airmata mengenangkan apa yang berlaku mungkin mengarah laluan tragedi…. Jauhilah Ya Allah.

Kenangan lalu mendorong I mencari kebenaran dengan cara tersendiri… pendam….diam. Segalanye dikepal sehingga bergumpal supaya kurang kelihatan, namun setelah dihuraikan dengan sedikit madu…tersingkap satu kepercayaan dan keyakinan yang puncanye adalah..kite. Lorong2 kecil yang terhimpit padat telah berubah menjadi laluan penuh warna…. Realist. Yang terkepal dihurai sudah, kite menjadi SATU.

Itu keputusan lalu.
Setiap yang sepatutnye sempurna, disergah dengan lembut tapi mengoyahkan. Telah selalu diduga oleh I bahwa keyakinan dan kepercayaan dibuat pasti ada pula lorong2 baru selepas itu… lorong2 pertikaian.…. yang dibawa dalam mimpi indah tak semestinye dikejutkan dengan senyuman, malah bakal disambut juge dengan persoalan…. Soal2 logik akal, logik waktu atau… logik perasaan. Itu merubah segalanye. Tanye diri, jawab sendiri… Jangan diusik kisah penuh misteri…. Akan berbelah nanti.

Udah payah sekarang… perasaan telah berbelah. Disoal tak sudah2. Adakah akan bermulanye yang betul yang salah? Aku sudah celaru..keliru… tak keruan. Payah lagi dari yang dulu.. Diakalnye tidak hilang… tidak dimaafkan dan memaafkan sepenuh jiwa dan raga. Tidak dibuang jauh… hanye seketika.

Mana adilnye semua itu. Aku harus simpan lagi… pendam….diam… hingga beberapa ketika atau hingga hari ketiadaanku…

‘Apakah yang engkau cari.
Takkan temukan dihatiku.
Apakah yang engkau inginkan,
Tak dapat lagi ku penuhi.
Begitulah aku.
Fahamilah aku.

Mungkin, aku tidaklah sempurna.

…………2205091100am

No comments: