Sunday, July 26, 2009
seandainya aku
seandainya aku bidadari...
pastinya aku terbang
melengkari tiap langkah
dan arahmu
seandainya aku bayu...
pastinya dapat ku cium wajahmu
pada setiap senja beralun
akan ku bisikkan nama mu selalu
dalam gersang suaraku
seandainya aku hujan...
pastinya akan ku basahi
tubuh mu dengan tempiasku
agar kau tetap segar
dalam ingatanku
seandainya aku malam...
pastinya aku datang mengunjungimu
dengan kerdipan bintang
dan sinaran cahaya bulan
mengucup dahimu
dalam tidur lenamu
tapi sayang aku...
hanyalah aku
dan salamku
sentiasa berbunga untukmu..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
wahai rindu, kamu sepi lagi? aku disini sentiasa ditiduri dengan mimpi bersamamu. jangan selalu begini, susah hatiku mengenangmu. hati ini tidak mahu melihat kamu menangis lagi kerana aku. berbicaralah dengan aku. moga dapat mengubat segala dukamu dan menceriakan aku dalam harianku.
aku sentiasa rindu kamu..
rindu yg tiada berpenghujung..
tapi ku rindu hanya bayangmu
realitinya kamu tidak mungkin ku gapai...
rindu itu menyakitkan...
Post a Comment