Friday, July 3, 2009

warkah buat sahabat...


Sahabatku.., semalam aku cuba menghubungi mu tetapi tiada jawapan. Ku hantarkan pesanan ringkas ke telefon bimbit mu juga tiada balasan. Mengapa kau membisu seribu bahasa? Aku tidak pasti mengapa begitu jadinya. Adakah kau tidak mahu lagi berbicara dengan ku seperti sebelumnya? Aku tidak mengerti dengan sikapmu begitu. Beritahulah aku walau sebaris ayat agar aku tahu apa yang terpendam dihatimu. Jangan lah kau hanya mendiamkan diri begitu, ianya membuatkan hati ini bertambah gundah gulana. Jika kau tidak mahu lagi kita berhubungan sebagai sahabat sepertimana kita janjikan, katakan saja begitu. Hatiku terus mendesak untuk menghubungimu, akhirnya aku menghubungi pejabatmu dan kau yang menjawab panggilanku itu. Walaupun kau menyamar sebagai orang lain tapi suaramu sudah agak biasa dipendengaranku. Sepatah soalan yg ku ajukan, sepatah jawapan yang kau berikan. Siapalah aku untuk memaksa mu berbicara. Hanya aku pinta kalau kau sudah tidak mahu berhubung dengan ku lagi, nyatakan saja. Aku sedia mendengar dan menerima apa saja yang kau ingin perkatakan.....Usah hanya diam membatu tanpa pesanan. Selepas mematikan talian, airmata ku gugur lagi buat kesekian kali, biarpun telah ku pujuk hati ini supaya tidak lagi menangis.
Sahabatku..., jangan kau takut aku akan membuat sesuatu yang tak terduga oleh akal. Aku tak mungkin akan merosakkan rumahtanggamu, kerna aku tau kau menyayangi keluargamu lebih dari segalanya, begitu juga aku. Bukan mudah untuk mendirikan sebuah masjid, apatah lagi masjid yang dibina telah berpuluh tahun usianya. Aku mengerti dan faham sekali. Aku sedar diriku, aku tau dimana diriku berpijak. Aku juga tidak tergamak untuk membuat sesuatu yang diluar dugaan terhadap keluargaku. Seperti kau aku juga menyayangi keluarga ku lebih dari segalanya.
Sahabatku..., aku mahu hubungan silaturrahim antara kita berterusan biarpun bukan kerana cinta dan kasih sayang. Aku reda diatas segala suratan takdir untukku. Terimalah aku sebagai seorang kawan lama yang pernah hadir didalam kehidupan masa silammu. Seseorang yang pernah mengusik kalbu suatu ketika dulu. Tetapi kini izinkanlah aku menjadi sahabatmu, sahabat yang di kasihi dunia dan akhirat.

No comments: