Thursday, July 9, 2009

ANDAI WAKTU MAMPU KU TAKLUKI


andai waktu itu mampu aku taluki
akan aku abadi disisimu
akan aku setia pada rinduku
akan ku seru namamu
menggetar cinta
membunuh kebencian

andai waktu itu mampu ku takluki
ingin sekali aku dakap bayangmu
ingin sekali aku genggam tanganmu
biar kau tahu
tidak rela aku kehilangan
walau hanya sekujur bayangmu

andai waktu itu mampu aku takluki
ingin ku beritakan pada seluruh alam
kesaktian cinta
keagungan kasih
dan selautan rindu ini
hanya untukmu

andai waktu itu mampu aku takluki
akan aku cium tanganmu
memohon jutaan ampun dan maaf
hanya kerana mencintaimu
hanya kerana merinduimu

July 9, 2009 12:03 AM

No comments: