Tuesday, July 28, 2009

andai ku tahu


andai kutahu...

ini rasanya bila dikasihi
ini rasanya menyayangi
ini rasanya merindui
pasti takkan kubiar masa lalu terbiar kosong
disulam angan dan penantian tak pasti
pasti kusambut kasih dan sayang
pasti kujalin rindu di tangkai hati
biar kukuh tersemat tidak lari

andai kutahu...

hebatnya kasih yang dikau dambakan
takkan kubiar kau terus dalam penantian
bersama kekeliruan tiada henti

kasihku...

rindu yang hadir tak bisa ku usir jauh....
makin diusir...kian hampir ia mendekat...
kadangku lelah...menahan rindu
tapi kusedar...manisnya rindu ini...
mana mungkin kulepas ia berlalu
kerana rindu ini...
hanya padamu....

2 comments:

pak aji said...

kamu masih menghukum kekasihmu walau sejauh mana sekali pun dia pergi. bagai bulan rindukan matahari. cahayanya tetap ada menyelubungi bulan. jejak kamu dah sentiasa dilihat olehnya, namun kamu tak mahu begitu. jangan musnahkan harapannya.

rinduitusepi said...

pilihan apa yang aku ada?
tidak terlintas sebesar zarah pun diminda ini untuk memusnahkan harapan sesiapa, apatah lagi orang ku puja
dulu kini dan selamanya...