Saturday, June 27, 2009

salam kasih buatmu..sahabatku..


Hari ini aku ketahui bahawa kau telah kemari menjengah coretan ku disini. Ketika pesanan itu ku terima, aku baru sahaja masuk keperut kereta untuk pulang dari menghadiri majlis pernikahan sepupuku. Sahabatku, tiada yang lebih gembira apabila mengetahui yg kau boleh membaca segala coretan ku disini. Dan aku mengalu-alukan kehadiran mu keruangan ku yang terhad ini. Kau juga bisa berbicara walau tanpa suara. Bicara lah semau mu dan sesuka mu. Untuk pengetahunmu juga, disinilah aku meluahkan dan mencoretkan segala isi hatiku tanpa sempadan tentang kita, tentang cinta kita yang tidak kesampaian..., putus ditengah jalan. Segala2 yang tertulis dilaman ini lahir dari hati ku yg ikhlas tentang perasaanku terhadap mu. Perasaan kecewa, kasih, sayang dan rindu dendam yang bukan sedikit, yang terpendam sejak sekian lama. Seandainya kau masih mengingati aku dan masih merindui aku (masih kah?) hadirlah kesini kerana disini kau boleh menyelami hatiku yang penuh bunga kasih hanya untuk mu seorang. Sekiranya kau lihat tiada lagi tulisan dan bingkisan dariku disini, risikkan lah khabar kerana mungkin waktu itu aku sudah tiada lagi. Mungkin aku telah pergi kealam abadi membawa bersama cerita cintaku yang luka.

Tadi malam aku tidak lena tidur, sebentar terlelap dan sebentar terjaga. Dan setiap kali aku terjaga, namamu yang ku sebut2 di bibir. Aku boleh melihat kelibat mu dengan jelas didalam bayangan, melihat kau sewaktu disekolah merenung ku sambil tersenyum. Indahnya kenangan itu. Aku suka kau merenung ku begitu. Renungan dan senyuman mu itu bisa membuat aku angau siang dan malam sehingga kini masih aku terasa.

Sahabatku, kekadang aku keliru dengan perasaan ku sendiri. Ada waktu aku bagai boleh terima kenyataan sebenar dan ada kalanya aku seperti manusia yang hilang akal kerana tidak mau melupakan semua yang telah ku lalui bersamamu dulu. Airmata terlalu banyak telah ku bazirkan untukmu tetapi anehnya airmata itu tidak pernah kering, malahan begitu mudah hadirnya setiap kali terkenangkan dirimu yang tak bisa aku miliki.

Ya Allah! ampunilah aku... aku insan yang selalu leka dan lupa.

Sahabatku, sungguh perit rasanya menjadi seorang aku yang hatinya pernah kau sayangi dan lukai. Biar beribu kali ku sebut dan berjuta kali ku luahkan namun tidak pernah aku jemu untuk terus menyatakan perasaan kasih sayang dan rindu ku terhadapmu... yang tidak pernah padam dari lubuk hati ku yang paling dalam... Mana mungkin aku bisa membuang mu jauh dan jauh dari ingatan ku.... biar pun kau pernah mencadangkan agar aku melupakan terus dirimu. Bagiku ingatan terhadapmu umpama malam dan siang dan bagai ombak dan pantai yang saling memerlukan, seperti denyutan nadi yang berdenyut tiap detik, berhenti bererti mati...begitulah ingatan ku terhadapmu..


Ya Allah! ampunilah aku... kerna menyimpan perasaan kasih sayang dan rindu terhadap sidia yang telah menjadi milik orang lain.


Ya Allah! ampunilah aku.. kerna sebagai seorang isteri sepatutnya bukan dia yang ada didalam hati ini.


Ya Allah! aku hanya insan lemah yang tidak bisa menyingkir dia dari berada di ingatan.. dan dihati ...


Ya Allah! sesungguhnya kau maha mengetahui segala apa yang telah berlaku dan akan berlaku, tersurat dan tersirat.. perasaan itu hadir atas keizinan Mu jua...

No comments: