Friday, June 26, 2009

adakah kau bahagia?


Adakah kau bahagia? Layakkah soalan itu ku ajukan padamu? Siapa aku untuk bertanyakan soalan yg sebegitu padamu? Aku sekadar ingin tau. Namun apabila soalan itu kau jawab 'ya..aku bahagia...' tetiba ada air jernih yang menitis dari kelopak mata ini. Untuk apakah airmata itu? Erti apakah tangisan itu? Sumpah! ia datang tanpa ku pinta. Bila saja hati terasa sebak dan mata terus berkaca, lalu tidak terbendung dan menitislah air jernih itu kepipi yang bukan diundang tibanya. Tangisan gembirakah atau tangisan sedihkah? Aku tidak tahu perasaan apakah yang memenuhi ruang hati ketika itu. Tapi yang sudah pastinya aku rasa cemburu pada dia. Cemburu kerana berjaya memiliki mu dan membahagiakan mu. Wajarkah perasaan cemburu itu hadir dlm hati pada dia yang selayaknya buatmu?
Ya Allah! pedihnya perasaan ku waktu ini untuk menerima kenyataan bahawa dia memiliki dirimu sepenuhnya. Kenapa dia dan bukan aku?
Seharusnya aku sudah boleh menerima keadaan seadanya, bersyukur dengan apa yang aku punya.
Ya Allah! Alhamdulillah aku bersyukur keatas apa yang Kau kurniakan kepadaku, sesungguhnya Kau yang maha kaya, maha pengasih dan penyayang dan maha mengetahui segalanya, yang tersurat dan tersirat. Sudah pastinya apa yang kau takdirkan utk ku adalah yang terbaik untuk ku. Aku reda ya Allah. Qada dan Qadar mu ku terima dengan pasrah.
Dan Allah tau apa ada dalam hati kecil ku....

No comments: