Monday, September 7, 2009

selamat ulangtahun buat mu...



tarikh ini tidak pernah aku lupakan
setiap kali hadirnya tarikh ini, aku selalu terkenangkanmu
yang mungkin menyambutnya disisi orang tersayang
aku hanya mampu mengingati tidak lebih dari itu
kerana kau pernah menjadi insan yang penuh bermakna dalam hidupku
insan yg pernah menyayangi aku
dan insan yg pernah aku sayangi sepenuh hati
mana bisa ku lupakan segalanya..
sempena hari bahagiamu
aku mengambil kesempatan mengucapkan seikhlas hati
dari kejauhan ini
selamat ulangtahun
semoga kau beroleh kebahagian dan kesejahteraan yang berpanjangan
dan ku doakan juga agar kau sentiasa dilindungi Illahi
aku bahagia melihat kau bahagia
biar pun kita tidak dapat bersama...

No comments: